Friday, April 17, 2015
@8:51 PM
Being eighteen is one of the moment that i have been waiting for *tbh*
Dulu masa kecik kecik ,
Bila kita nak buat sesuatu benda ,
Bila kita nak tau sesuatu maksud ,
Bila kita cuba nak paham sesuatu tindakan
Mesti akan ada orang di sekeliling kita akan cakap ;
"Nanti bila dah besar paham sendiri la"
"Nanti bila dah besar tau la"
"Kamu tu kecik lagi tunggu la bila dah besar"
Serius mengaku
Aku paling menyampah bila orang sebut macam tu
Waktu tu macam macam ada dalam kepala otak ni
Apa salahnya kalau bagi tau masa tu ?
Kenapa nak kena tunggu besar baru nak tau jawapan ?
Padahal yang sebenarnya ,
Semasa kita membesar ni lah semua soalan soalan bebal kita tu akan terjawab
Dengan sendirinya
Kita akan melalui frasa frasa kehidupan tu sendiri
Macam aku dulu ,
Dari kecik stay kampung sampai lah darjah 3
Masa kat kampung lagi lah banyak dia punya pantang larang tok nenek dia
Nak bercakap pun kena ada timing
Kalau main redah ja cakap nanti kena cap biadap
Kononya budak budak tak boleh menyampuk cakap orang tua tua
*bengang*
Bila orang tua bercakap kita dengar ja pastu buat buat paham padahal dalam otak ni beribu soalan quiz nak ditanya
Nanti bila kita tanya dia kata kita menyampuk
Dah ejas timing nak tanya depa suruh kita tunggu nanti bila dah besar .
Memang sampai kesudah la soalan soalan keramat tu tak terjawab
Setiap hari yang kita lalui
Setiap masa yang kita luang
Setiap langkah yang kita ambil
Akan merungkai semua jawapan yang kita dok tertanya tanya selama ni
Makin kita membesar semakin kita paham
Tak semua benda tu indah
Tak semua benda tu kekal
Tak semua benda yang kita nak kita dapat
Tak semua yang kita dapat tu kita mintak
Sepanjang 18 tahun aku hidup
Banyak dah aku rasa
Walau pun aku tau 18 tu belum cukup layak lagi untuk aku nak cerita hal hal kehidupan ni
Tapi bagi aku semua yang kita lalui ni semua sama
Cuma belum sampai lagi tahap tok nenek lol
Satu hari yang pasti aku akan rasa semua tu
Sekarang ni
Aku mula paham bila dulu orang kata
"Kawan tak selamanya ada"
"Kekasih tak semestinya milik kita"
Kalau selama kita membesar ni kita tak hilang kawan memang tipu la .
Konon dulu masa kat sekolah bangga bila boleh gabung meja dekat kantin tu.
Ya laa dah ramai sangat kan kawan satu meja mana cukup
But know dah habis sekolah ?
Baru berapa bulan
Setahun pun tak sampai
Dah krik krik
Masa first masuk sekolah menengah konon happy la sebab member sekolah rendah ada sekali join .
Lepas tu ?
Sorang demi sorang left
Ingat boleh bahagia lagi lah tu ?
Padahal dalam hati rindu
Tapi bila semua dah mula dengan kehidupan yang kononya baru...
Semua jadi pendiam
Pelik kan
Dulu janji kawan selamanya
Realitinya kawan hilang entah kemana
Aku sedar
Orang nampak aku bila susah
Orang nampak aku bila perlu
Orang nampak aku bila bosan
Orang nampak aku bila terdesak
Aku tau
Aku dapat rasa
Memang best orang cari kita bila depa susah
Maksudnya kita ni sikit sebanyak boleh diharapkan
Tapi jauh dalam hati ni tipu lah kalau tak terasa macam digunakan
Bukan tak ikhlas tapi...
Entahlah :)
Dulu...
Aku selalu nak semua memori tu datang balik
Aku selalu cakap kalau boleh nak reverse masa
Tapi tu dulu...
Aku bukannya tuhan pun
At some point
Aku rasa macam semua benda ni dah tak penting dalam hidup aku
Aku rasa dah tak perlu lagi untuk aku merayu meratap semua ni
Aku dah tak perlu kawan kawan yang mana tak perlu aku
Aku dah muak
Aku sendiri tak paham dengan kehendak diri sendiri
Aku takmau orang tu dalam hidup aku tapi sampai satu masa aku sendiri yang rindu orang tu
Pelik
Sekarang ni kalau orang tu rasa nak stay dalam hidup aku
Go on
Dan kalau orang tu nak blah dari hidup aku pun
Go on
Aku takkan halang
Aku takkan sekat
Aku takkan rayu
Sebab apa ?
Bagi aku
Dah banyak sangat aku tahan
Dah banyak sangat aku gadai
Demi orang yang tak perlukan semua susah payah aku
Rugi
Buat apa
Tahla sejak sejak hati ni bengkak
Banyak dah benda yang aku let go
*mohon jangan nyanyi lagu frozen yang bebal itu*
Yang best tu senang pulak hati ni lepas kan ?
Dulu bebal tak sangga
Lani apa jadi ?
Mungkin dah terbiasa
Ha ha ha
So benda yang termetri dalam hati sanubari ku ini sekarang ialah
"Mampoih pi"
"Peduli apa aku"
So far bila dah tanam benda benda tu memang banyak hasil yang aku dapat .
Harap kedepan mampu bahagia :)
Xoxo ,
Eedazabidi
Past /